Tajuk entry kali ni bunyi macam best je beli tvbaru 50", Panosonic E410 .Sehari selepas birthday zam adalah misi membeli tv baru. Zam ada jugak survey di Lazada, ada juga yang murah dari kedai biasa, tapi zam tak suka beli online, zam lebih suka tengok, pegang sendiri, baru puas hati. 3 hari review mengenai brand, inch, ketahanan, LED ka smart TV ka, macam-macam sebenarnya zam ambil kira.
Al kisahnya dulu, memang kitorang ada tv, siap langgan astro. Tapi zam + ela ni jenis tak berapa layan sangat tv / cerita. semua bz. balik keja memang x buka tv. Yang tgk tv.. si sufi lah hahaha. sikit2 moruko chan. Kalau sufi bangun pagi dia terus buka tv. Jadinya dia sorang je yg tengok tv. Kami pun tengok juga, tipulah kalau tak tengok langsung. So ambik keputusan, potong langgan astro, bagi tv kat orang. Selamat. Eh tak sayang ke tv bagi orang? sedekah pahala mana lagi banyak?
Disebabkan 2 tahun tidak berTV. maka timbulah 1 pe'el Sufi dan Safa, tau ka apa dia, pe'el dia bila balik ja rumah tokwan, conqure remote sebab nak tengok katun. tu yg jadi tak best. memang tak best. Jadi kami ambik keputusan beli tv. Hari birthday haritu, kami pegi Senheng ke WahLee ke SEC semua agak mahal. walau tengah promo christmas. So cancel. Teus ke AEON.
Misi yang dicari 43" keatas, LED, Full HD/Smart HD/UHD ( xde beza sangat pun melainkan UHD atau 4K) dan jenama dalam list adalah Samsung, Panasonic, Hisense. Tak nak internet, sebab kawasan zam internet tersangat lah slow. 4G pun susah nak dapat. kadang-kadang je dapat. Rugi kalau beli smart tv.
Sebenarnya, zam ada 3 pilihan, semua New Model 2017, bajet zam RM2500 kebawah. Korang boleh klik untuk review spec tv.
1. Samsung curve Smart HD 49" K6300 RM2399
2. Samsung 49" M5100 FHD RM1899 (harga asal yg disyorkan RM1999)
3. Panasonic 49" FHD E410 RM1899 harga asal yg disyorkan RM2999
Jadinya pening memikir nak ambil yang mana satu, asalnya nak ambil Samsung M5100 , tapi gambar terlalu sharpen nampak putih-putih di objek sakit mata. Colour dia cun, Panasonic colour memang cun, kualiti objek gambar sharp, menarik mata memandang. kira serba serbi ok. Beza kedua-dua tu samsung ada built in wifi. Panasonic tak de, Disebabkan pening pikir, last-last Safa bagi keputusan suruh ambil Panasonic E410. Dalam hati nak ambil curve, tetapi kalau sesiapa tonton tv dari side tv agak kurang best, pastu wife cakap, simpan duit tu buat daftar Astro/Njoi. Ada betulnya. so zam terus ambil E410. Harap-harap tahan lama. amin. Kalau beli tv highspec QLED UHD tapi rumah xde HD, tak de guna jugak, gambar masih biasa. Nanti jangan pula pegi serang promoter, balik rumah gambar pecah-pecah. hahaha, Lain la korang ada movies+player Bluray ka internet laju support 4K. kualiti kompom cun.
otheway nak pegi bayar, nak jugak diorang posing. Sekali tengah bayar bagi kad, limit pulak dah, dah jadi satu keja pegi cari mesin ATM bayar guna cash.
Nak masukan dalam kereta pun satu hal, jenuh zam dengan ela memusing-musing kiri kanan, letak di kerusi belakang tak lepas. tak boleh tutup pintu, simpan di bonet tak lepas, jadinya buka kerusi bagi lipat, Alhamdulillah lepas ngam-ngam, tapi kesian Sufi Safa duduk di lantai, sebab stroller baby Ahmad lagi. haha maaf ye anak-anak syurga walid. Untuk hangpa semua gak la ni. kalau walid, tak mau dah tv. Itu saje nak kogsi. Bukan nak menunjuk ke apa ka, panduan hidup je kot-kot ada orang yang sama mcm zam. Survey TV. Apa-apa pun tengok bajet korang sendiri, jangan tengok orang. haha



























