Happy Birthday Walid | Hand bouquet Ferrero Rocher
December 21, 2017
panjang umurnya...panjang umurnya.. panjangnya umurnya serta mulia, serta mulia..
Allah selamatkan walid, Allah selamatkan walid, Allah selamatkan walid kami, Allah selamatkan walid.. intro dipagi hari, anak-anak isteri nyayi isk..isk..isk.. terharu.. tapi sebagai lelaki, maintain macho hahaha.
Assalamualaikum, cer try tengok gambar zam pegang ape tu hahah, itu la suprise dari mem beso aka wife zam. hand bouquet ferrero rocher. kisah nak dapat hand bouquet ferrero rocher drama bagai.
Korang nampak tak ada 2 askar d belakang zam,tu inteprem bersebab tau.. sebab dah ready nak serang bola kuning. Yang si kecik buat-buat tanya, "ape tu" knpa xmakan" kenapa letak atas meja je" macam-macam la akai sebab nak. hahah. sabo2 bagi walid rasmi dulu.
Alkisahnya hari kejadian 19 Disember, punya la ela (wife zam) suruh mandi cepat, nak jumpa kawan la di taiping. Macam-macam alasan dia bagi. Kita sebagai suami, standart la, buat2 lambat sikit tak nak rushing-rushing. Tapi nanti atas highway tekan je keta tu (jangan ikut cara zam hoho). Bila dah sampai taiping, cakap nak jumpa kawan di muzium, pastu tukar jumpa di jambatan pokok buluh tempat zam shot sebelum ni, gambar Jambatan Taman Tasik pastu tukar lagi, last-last minta jumpa di zoo. Pastu ada kereta kawan dia datang.. Tada...rupa-rupanya ada orang datang bawa bunga, ingatkan ada marka nk bagi hahahahha. orang tu bagi sejambak ferrero rocher ke wife. dan dengan tersenyum lebarnya zam.. menerima kuntuman ferrero dari isteri tercinta aceewaaah.. ayaat..
Gila sat waktu tu. ciwi sebab tak pernah dapat sebelum ni.. hahaha tapi itulah seumur hidup zam dapat benda-benda macam ni. Apa-apa pun terima kasih laling Ela, moga Allah memberkati kita bersama. Pastu kami terus ke SenHeng, usha tv kot-kot ada yang best, tapi xbest harga mahal dari review. pastu terus ke AEON taiping, sampai ja, Semua cakap lapar, maklumlah x breakfast lagi. Apa-apa pun pegi makan dulu, zam tanya safa nak makan apa. jawab dia KFC. tanya sufi jawapan dia Kenny Roger Roster / pizza.. Sufi ni taste makan tinggi. sabar je la walid. Kita tengah order KFC wife xda pulak. Alahai.. tengok-tengok beli kek pulak dah.
suap menyuap haha muka malu-malu. Sufi yang tolong ambilkan gambar. nice one sufi.
Depa berdua nak sangat bergambar dengan olaf..katanya laah..
Misi seterusnya kami.. membeli TV hahaha.. TV di AEON Taiping xbanyak pilihan, pastu ada yang dah berkenan, tak de stok. Ape pun xboleh. Keesokannya ke AEON alma. tunggu next entry okeh. tata... titi..tutu





0 comments